Monday, November 24, 2008



Othman Abdullah yang dilahirkan pada 24hb April 1924 di Negeri Sembilan yang ketika itu ibu (Hajjah Tilumah dari Kg Merelang, Pesisir Selatan, Balai Selasa, Sumatera Barat. Suku dari Kumbang.) dan ayahnya (Abdullah dari kg yang sama yang bersuku cinniago) telah berhijrah dari tanah besar sumatera ke tanah melayu akibat pergolakkan keluarga telah membawa diri ke tanah melayu dan disitulah, dinegeri sembilan yang aku panggil "ayek" ini telah melahirkan Othman Abdullah sebelum ayek berpindah ke Perak sewaktu Othman masih dalam gendongan - bayi kecil.

Othman atau aku panggil Buya, mempunyai beberapa adik beradik. Kakaknya bernama Hafsah, kemudian Othman(dirinya sendiri), Rosnah, Mansor, dan akhir sekali Aminah (Aminah telah berkawin dengan ayah saudara YAB Perdana Menteri, Abdullah Hj Ahmad Badawi, yang bernama Cikgu Mohamed Awang).

Setelah dibawa ke perak dan tinggal di Tapah Road atau dikenali sebagai Pekan Kecil Tapah, beliau telah bersekolah disitu. Kehidupan mereka bukanlah senang kerana mempunyai rumah tetapi tiada bilik. waktu siang abdullah ke sekolah agama dan waktu petangnya dia membantu ayahnya menjaga lembu orang. Ibunya pula menjual kueh untuk dijual di pekan kecil.

(akan bersambung esok)

OTHMAN ABDULLAH

blog ini saya cipta agar dapat membrikan sedikit sebanyak mengenai perjalanan hidup seorang pejuang bangsa agama dan negara yang tidak begitu dikenali oleh generasi baru tetapi amat penting pada generasi kemerdekaan negara.

Insan yang bernama Othman Abdullah atau dikenali sebagai Ustaz Othman dikalangan sahabatnya adalah seorang manusia yang telah menempuh liku liku hidup yang penuh dengan onak dan duri sebagai seorang pejuang Islam, bangsa melayu dan negaranya.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau adalah seorang pejuang kemerdekaan untuk dua buah negara. iaitu negara Indonesia dan negara Malaysia atau ketika itu Tanah Melayu.

Cerita atau pandangan mengenai Othman Abdullah ini akan ditulis oleh saya dan akan dibantu oleh anaknya Prof. Dr Mohd Zainul Fithri yang sangat dekat dan rapat dengan beliau.

Othman Abdullah telah meninggal dunia pada 13hb mei 2003. Dan kini jasa beliau tinggal sebagai kenangan sahaja. Anak beliau Dr Fithri akan mencerita mengenai bapanya yang dipanggil "Buya" dari sudut pandangan dan pemahaman Dr Fithri dan cerita yang pernah diceritakan oleh Buya kepada anakandanya ini.

Untuk pembaca blog..saya harap kita dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai kisah hidup Othman Abdullah yang hebat ini.

Sekian

TehranIsfahan dan Dr Fithri.